Corak Penempatan, Seni Bina dan Ruang Persekitaran Rumah Melayu Tradisi
Oleh
Dr. Siti Norlizaiha Harun
2.1 PENGENALAN
Seni bina dan persekitaran amat berkaitan dan mempunyai hubungan dengan masyarakat Melayu tradisi khususnya pembinaan sebuah kediaman. Masyarakat Melayu tradisi membina kediaman melalui pemilihan penempatan yang dapat menyalurkan sumber-sumber untuk menyiap dan melengkapkan rumah yang dibina. Rumah-rumah Melayu tradisi mempunyai keunikan ragam hias seperti ukiran dan struktur pemasangan yang teratur dan mempunyai fungsi tertentu melalui komponen dan elemen rumah. Sama ada ruang dalaman, fasad luar mahu pun persekitaran rumah, kediaman masyarakat Melayu tradisi terbangun sebagai satu kompleks yang lengkap dan harmoni dengan persekitaran dan keseluruhan ciri-ciri penempatan yang dipilih.
Landskap penempatan Melayu tradisi atau lebih dikenali sebagai kampung Melayu boleh dilihat di seluruh Malaysia khususnya di kawasan perkampungan atau kawasan luar bandar. Ciri-ciri seni bina rumah Melayu tradisi berkait dengan bumbung dan tebar layar, tiang tinggi beralas, serambi dan tingkap terbuka serta keunikan ukiran pada dinding rumah. Setiap komposisi rumah Melayu adalah amat harmoni dengan suasana persekitaran dan lokasi penempatan. Bahagian ke 2 penyelidikan ini akan membentangkan faktor-faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu tradisi. Perbincangan ini seterusnya akan menjurus pula kepada corak kampung Melayu tradisi dan aspek struktur ruang (spatial) persekitaran rumah Melayu tradisi.
Daripada sorotan penyelidikan terdahulu, didapati aspek struktur ruang (spatial) persekitaran rumah Melayu kurang dibincang atau dikaji kerana ruang lingkup persekitaran sering dikaji dalam konteks makro iaitu pola perkampungan seperti kajian terkini oleh Ahmad Sanusi Hassan dan Ku Azhar Ku Hassan (2001) dalam “Corak Perumahan Tradisional Berkepadatan Tinggi”. Ke dua-dua penyelidik ini telah merumuskan morforlogi penempatan dan membahagikan jenis kampung tradisional. Penyelikan dalam konteks mikro atau ruang yang lebih kecil pula ditulis oleh Lim Juan Yee (1991) dalam “The Malay House: Rediscovering Malaysia’s Indigenous Shelter” telah membincangkan aspek dan ciri-ciri persekitaran rumah Melayu tradisi dari segi elemen yang ada manakala Zainal Keling (2000) telah mengupas dan menstruktur ‘spatial’ persekitaran rumah Melayu dengan lebih lengkap dan dapat memberi pemetaan minda kepada pembaca tentang elemen-elemen persekitaran rumah. Melalui sorotan literatur bahan ilmiah dan penyelidikan terdahulu, di akhir bahagian 2 ini, kriteria elemen yang membentuk corak persekitaran rumah Melayu dan struktur ruang dapat dihasilkan.
2.2 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI SENI BINA RUMAH MELAYU
Rumah merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya. Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direkabentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina. Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi gaya senibina rumah tradisional Melayu di Malaysia. Menurut Abdul Halim Nasir (1995), seni bina rumah melayu dipengaruhi oleh faktor alam persekitaran, ikllim, cara hidup dan nilai. Selain faktor persekitaran, Zulkifli Hanafi (1996) menyatakan senibina rumah Melayu dipengaruhi oleh mutu pertukangan yang baik, penggunaan bahan binaan yang bermutu tinggi dan kepekaan perekabentuk kepada aspek alam persekitaran seperti penerapan sumber iklim dalam rekabentuk, penyesuaian aspek sosial dan spiritual yang digabungkan ke dalam rekabentuk dengan harmoni hingga melahirkan bentuk bangunan yang sungguh menarik.
Menurut Christoper Alexander (1977), seni bina terbaik terhasil atau terjelma hasil daripada sokongan alam sekitar.
“The best architecture arises frm the way the built eypeople in an attempt to have good environment supports allows ‘aliveness’ and is created by ordinary life”
Teori Alexander menyentuh corak atau “pattern” dikemukakan dalam bukunya “Pattern Language”, (1972). “Pattern” atau corak mempunyai bahasa (language) yang tersendiri apabila berhubung dengan seni bina, perancangan bandar dan bangunan khususnya dalam masyarakat tradisional. Masyarakat tradisional dikatakan lebih memahami dan menghasilkan produksi yang menjiwai alam sekitar. Corak boleh diterjemahkan ke dalam elemen fizikal seperti bangunan, tumbuhan, peralatan dan perkakasan tradisonal. Kesemua elemen ini pula bersepadu dengan nilai-nilai tradisi seperti cara hidup, pekerjaan sikap, kepercayaan dan nilai kerohanian. Kesepaduan fizikal dan kerohanian (physically and spiritually) menghasilkan corak atau ‘patern’ seni bina kampung tradisi yang menarik.
Faktor-faktor yang mempungaruhi seni bina rumah Melayu tradisi adalah seperti berikut:
1. Alam sekitar
2. Iklim
3. Cara hidup
4. Nilai
5. Bahan binaan dan kebolehan tukang
2.2.1 Alam Sekitar
Alam sekitar adalah salah satu unsur utama mempengaruhi gaya senibina rumah Melayu. Alam sekitar terdiri daripada sumber-sumber seperti hutan, sungai, gunung, bukit termasuk flora dan fauna yang terdapat dipersekitaran manusia. Melalui alam sekitar orang Melayu melihat tumbuh-tumbuhan dengan ciri-ciri dan sifatnya yang tersendiri; ini menimbulkan kepekaan yang tertib terhadap penggunaan sumber alam dalam pembinaan rumah. Sumber atau bahan yang utama untuk membina rumah masyarakat Melayu tradisi adalah dari kayu begitu juga penutup bumbung atau atap dari daun nipah, ijuk dan rumbia. Bahan-bahan ini diambil dengan perkadaran yang sesuai dengan skala rumah yang dibina.
Pembinaan rumah disepanjang sungai adalah karakter yang menunjukkan hubungan manusia dan alam semulajadi. Sungai merupakan sumber alam dan sumber untuk manusia bagi meneruskan kelangsungan hidup (survival). Sungai merupakan jalan perhubungan, sumber bekalan air dan perairan untuk aktiviti pertanian. Secara umumnya rumah tradisional Melayu menggunakan konsep pembinaan yang sama. Walau bagaimanapun ia kelihatan berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada faktor geografi dan keadaan muka bumi. Jika diperhatikan rumah-rumah di pinggiran sungai dan laut mempunyai lantai yang lebih tinggi berbanding rumah yang terletak di tanah lapang. Ini berikutan dengan faktor cuaca di mana pada musim tengkujuh rumah yang berhampiran dengan laut atau sungai akan ditenggelami air sekiranya lantainya tidak dibina lebih tinggi.
2.2.2 Iklim
Iklim merupakan satu lagi elemen yang mempengaruhi bentuk rumah orang melayu. Iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun menjadi salah satu masalah yang perlu diatasi iaitu dengan membina rumah berlandaskan kepada pemilihan bentuk yang sesuai. Bumbung rumah Melayu tradisi adalah curam dan unjurannya lebar bagi melindungi rumah dari tempias hujan dan sinaran lansung matahari. Badan rumah pula di penuhi dengan bukaan jendela dan kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan peredaran udara (Ezrin Arbi, 2002). Pembinaan rumah melayu yang agak tinggi memberikan satu ruang di bawah rumah. Kedudukan lantai yang tinggi dapat mengatasi kelembapan tanah disamping mencegah ruang ditenggelami air jika berlaku banjir. Ruang bawah atau kolong yang yang terbuka ini juga membolehkan peredaran udara dibawah lantai (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh, 1997).
Sensitiviti dan kemahiran masyarakat mengadaptasi atau menjanakan idea rumah yang dibina berasaskan iklim atau musim menunjukkan tukang-tukang dahulu bukan sahaja perlu mahir dalam pertukangan rumah tetapi menguasai bidang berkaitan ilmu alam. Ruman bertiang tinggi secara ilmiahnya dapat memberi pengudaraan yang baik dan mencegah rumah tenggelam air ketika musim hujan atau banjir. Lebih menarik, ketika musim kering; ruang dibawah rumah ini boleh dijadikan tempat menyimpan barang. Tinggi ruang bawah ini sekurang-kurangnya paras bahu orang dewasa. Ruang ini juga dijadikan aktiviti tradisi masyarakat seperti melesung dan mengangin padi juga aktiviti permainan seperti bermain congkak.
2.2.3 Cara Hidup
Seni bina rumah Melayu tidak dapat dipisahkan dengan gaya hidup mereka. Agama Islam datang ke Tanah Melayu dan berkembang di Kepulauan Melayu selepas pengaruh Hindu mulai merosot pada abad ke 13 dan abad berikutnya. Kedatangan Islam telah memberi pengaruh besar kepada corak budaya hidup masyarakat pada masa itu. Pengaruh Islam banyak membentuk peradapan dan budaya masyarakat Melayu lebih bersederhana dan bersopan santun. Susunan ruang dan bahagian-bahagian komponen bangunan rumah Melayu banyak disesuaikan dengan kehendak Islam. Beberapa perubahan telah dibuat bagi mewujudkan ruang-ruang yang terpisah untuk kegunaan kaum lelaki dan wanita. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh, 1997)
2.2.4 Nilai
Pengaruh nilai juga turut mempengaruhi seni rumah tradisional Melayu. Menurut Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1997) terdapat tiga jenis nilai yang dikaitkan iaitu nilai kerohanian, estetika dan etika. Nilai-nilai ini mempengaruhi sikap dan pemikiran orang-orang Melayu kerana pada masa itu orang Melayu lebih dipengaruhi oleh sikap menghargai hidup kerohanian yang berlandaskan nilai akhlak dan budi. Menurut Abdullah Mohamed (1985) rumah Melayu adalah peninggalan pusaka nenek moyang yang berharga yang mempunyai nilainya yang tersirat. Abdullah Mohamed dalam kajiannya cuba menterjemahkan elemen dan komposisi termasuk motif-motif ukiran rumah Melayu dengan prinsip dan kerohanian Islam. Sekiranya masjid melambangkan alam besar maka rumah tempat kediaman pula, dalam kebudayaan Melayu adalah melambangkan alam kecil atau manusia. Rumah disifatkan sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai kaki, badan dan kepala, masing-masing mempunyai fungsi tersendiri.
Nilai dalam budaya Melayu juga bermaksud peraturan yang tersirat. Setiap bentuk dan binaan mempunyai sebab dan maksud. Sebagai contoh, pembinaan rumah Melayu berpintu rendah bertujuan supaya setiap orang yang memasuki rumah akan menundukkan kepala bagi mengelakkannya terhantuk. Ia menjadi lambang kepada adab bersopan santun di samping sebagai tanda menghormati tuan rumah (Zarinah Sarifan, 2000). Nilai dalam seni bina rumah Melayu juga dapat dilihat dari aspek estetika. Ungkapan cantik dan unik rumah Melayu merupakan unsur estetika yang dapat dilihat pada pola ukiran yang pelbagai motif pada elemen pintu, tingkap, dinding termasuk kekisi juga motif anyaman kelarai pada rumah berdinding tepas.
2.2.5 Bahan Binaan dan Kebolehan Pertukangan
Senibina rumah Melayu dapat dilihat dengan teknologi binaan yang ringkas dan mudah menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi yang diperolehi dari hutan. Rumah Melayu boleh dilihat dengan ciri binaan dan bahan binaan seperti daun nipah, ijuk, rumbia dan bertam untuk atap atau bumbung. Kayu digunakan untuk struktur utama seperti tiang, alang, rasuk, lantai dan dinding. Lapik tiang pula diperbuat daripada batu. Rumah Melayu juga jarang menggunakan paku besi biasanya hanya dipasak dengan kayu. Pembinaan bangunan menggunakan bahan utama seperti kayu telah melahirkan pelbagai bentuk bangunan yang unik di rantau ini. Kehalusan seni tukang-tukang Melayu membina rumah tinggi nilainya dan masih lagi dipertahan sehingga hari ini (Zulkifli Hanafi, 1996).
2.3 SENIBINA RUMAH MELAYU TRADISI
Rumah Melayu tradisi adalah warisan budaya orang Melayu. Seni bina rumah Melayu tradisi sebagaimana dibincang, amat dipengaruhi oleh faktor alam sekitar dan nilai-nilai agaman dan budaya masyarakat Melayu tradisi. Komponen rumah Melayu tradisi terdiri daripada rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Pembahagian ini berdasarkan penggunaan dan kedudukan. Ia boleh diklasifikasikan kepada bahagian formal, aktif dan pasif. Bahagian formal terletak dibahagian hadapan rumah dan digunakan sebagai tempat menerima tetamu. Bahagian tengah ialah bahagian pasif iaitu ruang utama rumah untuk penghuni beristirehat. Ruang aktif terletak di bahagian belakang. Ruang aktif ialah bahagian dapur dan dijadikan tempat aktiviti harian seperti memasak dan tugas harian keluarga.
Salah satu ciri utama senibina rumah Melayu tradisi ialah bentuk bumbung. Jenis bumbung yang berbeza dapat menjelaskan jenis rumah Melayu tradisi. Terdapat dua jenis bentuk bumbung iaitu Rumah Bumbung Panjang dan Rumah Bumbung Limas. Kedua-dua buah rumah ini merupakan rumah utama dalam tradisi pembinaan rumah orang Melayu. Rumah bumbung panjang merupakan ciri-ciri seni bina awal di Tanah Melayu, sehinggalah perkembangan dan pengaruh daripada penjajah menimbulkan pula idea dan citarasa bumbung yang lebih menarik dan mewah binaannya iaitu bumbung Limas atau dikenali juga sebagai Rumah Limas Potong Perak.
Rumah-rumah Melayu tradisi di Kelantan mempunyai ciri-ciri dan bentuk bumbung panjang. Rumah ini mempunyai beberapa ciri yang jelas: rumah bertiang, berpanggung dan bertangga, bumbungnya curam dan tinggi serta mempunyai perabung yang panjang. Tingkapnya adalah tingkap labuh, dindingnya adalah dinding kembung dan kadangkala penuh dengan ukiran. Rumah asas kebiasaannya terdapat hanya sebuah bilik dan kedudukan tiangnya sebaris dengan tiang panjang yang berfungsi untuk menongkat bumbung induk rumah, manakala tiang serambi berfungsi untuk menongkat bumbung serambi dan bumbung kelek anak.
Rumah bumbung limas pula mempunyai beberapa ciri. Ia terbahagi kepada anjung, tangga bilik, ruang tamu, ruang makan, bilik air dan dapur. Rumah bentuk ini mempunyai dua tingkat berasingan iaitu bahagian atas dan bawah. Tingkat bawah dibina daripada simen manakala bahagian atas daripada kayu dan bilik lebih daripada satu.
Rumah Melayu tradisi biasanya berorientasi menghadap tanah suci Mekah iaitu arah timur barat. Kedudukan bukan sahaja bertujuan keagamaan tetapi juga meminimakan kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari. Rumah tradisional Melayu tidak mempunyai rekaletak yang disusunatur. Ianya didirikan secara bertaburan. Ini memudahkan pergerakan angin yang menyumbang kepada pengudaraan yang baik didalam dan luar rumah (Syazwani Ahmad, 2007). Susunatur rumah Melayu yang tidak formal ini menghasilkan satu pola atau corak penempatan kampung Melayu tradisi yang menarik.
2.4 CORAK PERKAMPUNGAN MELAYU TRADISI
Pengaruh dan seni bina rumah Melayu sememangnya dipengaruhi oleh alam sekitar dan cara hidup masyarakat Melayu. Idea dan gagasan masyarakat setempat untuk merancang dan membina rumah bermula dari tapak yang dipilih untuk membina rumah. Pertambahan bilangan rumah membentuk jajaran dan kelompok perumahan disebut sebagai kampung. Petempatan Melayu atau lebih dikenali sebagai kampung boleh dilihat diseluruh luar bandar Malaysia. Perkampungan Melayu tradisi yang masih wujud kini adalah terbina dalam pelbagai bentuk bergantung kepada faktor sejarah. Faktor sejarah berkaitan dengan permulaan sesabuah petempatan dibina, sama ada disebabkan penghijrahan kerana sumber bekalan, kesan peperangan atau pun penerokaan penempatan baru.
2.4.1 Corak Penempatan
Kebanyakan penempatan tradisional terletak di sekitar aliran sungai yang mempunyai bentuk topografi berpaya. Maka tidak hairanlah apabila kita dapati kebanyakan penduduk tempatan menjalankan aktiviti penanaman padi dan berkecimpung dalam bidang perikanan sebagai sosio ekonomi utama kerana ia disesuaikan kepada reka bentuk topografi sedia ada. Disamping itu, penempatan di kawasan tanah berpaya banyak mempengaruhi sistem reka bentuk rumah tradisional yang mempunyai ciri-ciri penyesuaian terhadap aras tanah yang lembap, iklim tropika dan masalah banjir.
Hasil kajian Ahmad Sanusi Hassan dan Ku Azhar Ku Hassan (2001), corak penempatan kampung tradisi di Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 corak penempatan iaitu kampung darat, kampung air dan kampung gabungan. Corak penempatan kampung darat dan kampung air terbentuk berasaskan ciri topografi muara dan tebing sungai. Kampung yang mulanya berjajar di tebing sungai kemudian berarah ke daratan dipanggil kampung darat manakala kampung yang bermula juga ditebing sungai, kemudian membina rumah bertiang tinggi menghala ke air di kenali sebagai kampung air. Kegiatan sosio ekonomi masyarakat kawasan perkampungan ini adalah sebagai nelayan. Salah satu sebab penempatan yang dibina berhampiran air atau diatas air kerana ciri-ciri fizikal dasar muara yang lebih dalam dapat membantu sampan-sampan nelayan yang bersaiz besar mendarat dengan hampir di pengakalan atau jeti.
Corak penempatan kampung air bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor topografi tanah dasar muara sungai serta pasang surut air, ia juga dipengaruhi oleh perkembangan inovasi tukang Melayu. Dengan kebolehan tukang membina jeti yang lebih kukuh lama kelamaan masyarakat membina rumah diatas jeti atau pelantar bertiang tinggi dan kukuh bagi menampung rumah. Kawasan penempatan ini dikenali sebagai kampung air. Setiap rumah di kampung air juga mempunyai titi yang bersambungan diantara rumah. Corak kampung gabungan pula adalah gabungan 2 morfologi bentuk kampung; darat dan air yang mana kadangkala sukar ditentukan coraknya kerana kediaman terdapat di atas air dan berkelompok meluas ke arah darat.
Kampung terdiri daripada beberapa bilangan rumah tradisi Melayu. Kebiasaannya, susunan rumah-rumah adalah secara berkelompok. Seringkali sekeping tanah milik sendiri atau anggota keluarga. Saiz tanah yang agak luas turut menjadi kediaman beberapa kelompok keluarga yang bersaudara atau mempunyai pertalian keluarga. Susunatur rumah kampung tidak mempunyai sempadan yang luas. Susunan adalah secara bebas (informal) dan lebih banyak ruang terbuka wujud seolah-olah dirancang bagi memastikan tiada privasi antara sempadan tanah. Ruang-ruang ini bolehlah dianggap atau menjadi ruang komuniti bagi aktiviti penduduk seperti gotong royong, kenduri-kendara, acara kebudayaan dan sukan tradisi.
Karektor dan identiti perkampungan Melayu tradisi telah lama digambar dan dirakamkan oleh penjajah yang datang ke Tanah Melayu. Pandangan ke atas kampung tradisi dan persekitarannya telah dihuraikan oleh Moorhead (1957) yang berbunyi:
“ Di sana, di tepi sungai, terdapat sekumpulan rumah-rumah daripada buluh atau jenis-jenis kayu lainnya; tiap-tiap rumah ditunjang dengan tiang-tiang sehingga tidak tercapai oleh banjir atau binatang-binatang liar. Ketika membina rumah-rumah yang demikian itu orang-orang peribumi mungkin telah mendapat ilham dari bentuk pokok-pokok bakau yang banyak tumbuh di sepanjang sungai itu. Pokok-pokok bakau menjulang tegak ke atas dari akar-akar peranca yang terbenam di dalam sungai sehingga dahan-dahannya nampak seolah-olah terapung di atas permukaan air. Tiap-tiap rumah yang berbumbung daun atap itu mempunyai kebun dan dikelilingi oleh pohon-pohon, dan seluruh kampung itu dilingkari oleh pagar kasar dengan pintu gerbang yang bersahaja….” (dalam Ezrin Arbi, 1986)
Keunikan karektor kampung ini telah melahirkan perlambangan atau dailek yang dikhususkan kepada elemen fizikal di kampung. Misalnya kawasan yang hampir dengan sawah padi disebut “baruh”. Kawasan ini merupakan kawasan persekitaran rendah yang menghala ke sungai atau tali air. Boleh dikatakan keseluruhan landskap kampung Melayu terdiri daripada kepingan sawah dan perumahan yang berjalinan dengan kawasan paya atau sungai yang menganjur ke kawasan dataran yang lebih tinggi. Kawasan yang lebih tinggi dikenali sebagai “darat”. Kawasan ini agak berbukit dan kebiasaannya terdapat dusun buah-buahan dan pokok-pokok getah.
Kawasan perkampungan juga boleh dibahagikan kepada arah penempatan iaitu “hilir” dan “hulu” mengikut aliran sungai (Zainal Kling, 2000). Titik penentu kawsan hilir dan hulu ialah sebuah institusi atau bangunan penting dalam kampung seperti masjid atau kediaman ketua kampung atau penghulu. Melalui pembahagian ini, Zainal Kling (2000) merumuskan setiap penghuni kampung tahu letak kediamannya, sama ada hilir atau hulu. Kawasan yang jauh ke hulu pula dipanggil “dalam” atau “solok”. Pembahagian ini juga berbeza perlambangan dan daileknya mengikut negeri namun mempunyai maksud yang sama seperti di pantai timur, pembahagian dua kawasan kampung disebut “alik jatuh” dan “alik naik” yang bermaksud arah matahari terbit dan tenggelam atau timur dan barat.
Struktur ruang (spatial) perkampungan Melayu tradisi adalah terbentuk secara organik mengikut bentuk sungai. Rumah-rumah dibina secara berjajar dengan bahagian serambi mengadap sungai. Terdapat lapisan kawasan perkampungan dengan rumah-rumah dibina secara kelompok dan tersebar secara individu ke arah kawasan yang lebih jauh atau hujung kampung. Selain sawah padi, landskap yang mewarnai perkampungan Melayu tradisi ialah pokok kelapa. Hampir di setiap kawasan rumah ditanam dengan pokok kelapa. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada masyarakat Melayu. Ia bukan sahaja sebagai bahan makanan tetapi pokok ini dapat menjadi penapis atau peneduh daripada terik matahari. Secara tradisinya pokok kelapa ditanam seusia dengan rumah dibina dan setiap pokok ditanam apabila ada kelahiran anak baru.
Selain pokok-pokok kelapa, kawasan padang atau rumput luas merupakan lanskap atau panorama yang biasa terdapat. Kawasan padang ini merupakan kawasan ragut untuk lembu dan kambing. Kawasan yang lebih rendah dan berair pula terdapat pokok-pokok nipah. Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan lembah, dan biasa dilihat kerbau berkubang di kawsan ini.
2.5 STRUKTUR RUANG PERSEKITARAN RUMAH MELAYU TRADISI
Persekitaran rumah Melayu tradisi bermaksud ruang-ruang dan aktiviti yang terdapat disekitar rumah. Corak dan ciri-ciri susunatur ruang persekitaran rumah Melayu diperincikan oleh Zainal Kling (2000), terbahagi kepada:
1. Ruang Hadapan
2. Ruang Belakang
2.5.1 Hadapan Rumah
Di hadapan tapak rumah terdapat kawasan lapang yang dikenali sebagai ‘halaman’. Biasanya halaman adalah bersih dan tidak berumput, sentiasa kemas dan bersih dari sampah sarap. Pinggir kawasan halaman biasanya dihiasi cantik dengan tanaman bunga yang beraneka termasuk melur, bunga raya, kekwa, keembung, tahi ayam, balung ayam, kertas, atau kerak nasi. Disudut yang terdapat tanaman pokok besar sering ditanam bunga kesidang yang wangi dan menjalar tinggi melilit pohon tumpangannya itu. Sering juga terdapat pohon bunga tinggi seperti kenanga dan tanjung.
2.5.2 Belakang Rumah
Di bahagian belakang tapak rumah Melayu sering terdapat kebun sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri termasuk ubi kayu, keladi, keledek, pisang, cekur manis, labu, peria, petola dan terung. Di belakang kawasan kebun terdapat kawasan tempat membuang sampah, kawasan bakaran dan juga kawsan kandang haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau. Reban ayam dan itik juga terletak di belakang dan hampir dengan rumah. Berhampiran kawasan kandang haiwan biasanya ditanam pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, rambutan, ciku dan kelapa. Pokok-pokok ini juga biasanya ditanam diakhir atau penghujung kawasan rumah bagi menandakan sempadan kawasan.
Landskap atau elemen yang sering dapat dilihat dipersekitaran rumah Melayu digambarkan oleh Lim, J.Y., rumah Melayu mempunyai halaman atau laman dihadapan rumah. Laman ini tidak berumput dan sekelilingnya ditanam dengan pokok-pokok bunga yang turut berfungsi sebagai sempadan rumah. Kawasan halaman rumah merupakan kawasan untuk aktiviti sosial seperti perjumpaan ahli keluarga dan jiran, kenduri, tempat bermain kanak-kanak dan dijadikan juga tempat menjemur atau menyalai buah-buahan seperti seperti pinang, kelapa dan asam keping. Disekeliling rumah terutamanya dibahagian belakang berhampiran dapur ditanam pokok-pokok kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan. Dibahagian belakang rumah juga terdapat tandas dan tempat mandi. Bekalan air dikampung menggunakan air dari perigi atau telaga. Perigi digunakan secara peribadi untuk sebuah kediaman juga terdapat juga perigi yang dikongsi bersama beberapa rumah yang kebiasaannya mempunyai pertalian keluarga.
Konsep perkongsian dan kerjasama merupaka prinsip asas dalam budaya Melayu. Tidak mementingkan sempadan peribadi di kawasan luar turut memberi pengaruh ke atas reka bentuk rumah Melayu. Walaupun dari segi struktur persekitaran rumah terdapat unsur-unsur sempadan seperti pokok buah-buahan dan pokok-pokok bunga namun sempadan ini dianggap sebagai sempadan tersirat berbanding pada masa kini, rumah-rumah bersenibina moden sempadan rumah dizahirkan dengan membina pagar batu atau konkrit disekeliling rumah.
2.6 RUMUSAN
Corak penempatan rumah Melayu tradisi adalah bermula dipesisiran sungai. Faktor keperluan sumber air merupakan penyumbang besar kepada pemilihan dan pembinaan rumah. Rumah-rumah di bina berhampiran tebing dan apabila semakin padat ia akan berkembang ke arah darat. Walaupun sungai semakin jauh, namun sumber air baru dapat diterokai dengan membina alur atau taliair bagi mengairi pertanian. Masyarakat Melayu tradisi juga menggali telaga sebagai bekalan sumber air.
Corak dan morforlogi yang bermula di pesisir sungai dan mengarah ke darat telah mempengaruhi bentuk dan seni bina rumah Melayu tradisi. Rumah-rumah yang hampir dengan sungai kebiasaannya bertiang tinggi kerana faktor pasang-surut air sungai. Rumah-rumah juga mengadap ke sungai dan berkedudukan padat kerana tiada ruang-ruang interaksi seperti di daratan. Ruang interaksi ialah laluan titi yang bersambung antara rumah menuju ke pengkalan. Pembinaan rumah bertiang tinggi yang kukuh dan pengkalan pendaratan sampan nelayan yang lebih baik telah mewujudkan kelompok rumah-rumah yang dipanggil rumah atas air. Kebiasaanya aktiviti sosio ekonomi di penempatan seperti ini adalah nelayan. Penempatan ini juga dipanggil kampung nelayan.
Corak penempatan kampung darat pula ialah morforlogi yang menganjur dari tebing sungai. Kawasan tebing sungai yang subur dijadikan kawasan pertanian. Rumah-rumah pula dibina di kawasan yang lebih tinggi atau dipanggil baruh atau darat. Kawasan baruh yang lebih rendah dan terdapat sumber air seperti alur atau sumur, tanahnya dijadikan petak sawah dan padang ragut haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau. Rumah-rumah di kawasan darat lebih berstuktur kerana kawasannya lebih luas. Ciri-ciri kampung juga lebih menarik dari segi corak penempatan yang terjalin antara rumah, tanah pertanian dan lanskap semulajadi.
Struktur ruang persekitaran juga lebih teratur dengan rumah berhalaman, terdapat elemen seperti pokok bunga dan buahan yang seolah-olah ditanam dengan maksud yang dapat menterjemahkan budaya masyarakat Melayu seperti ini lah sempadan rumah ini. Elemen lain seperti telaga, pangkin, wakaf, reban, kadang dan dusun buah-buahan merupakan karektor yang selalu dapat dilihat di persekitaran rumah Melayu tradisi.
RUJUKAN
Abdul Halim Nasir, Wan Hashim Wan Teh. (1996). The Traditional Malay House. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Halim Nasir, Wan Hashim Wan Teh. (1997). Warisan Seni Bina Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah Mohamed. (1985). Senibina Islam, Aplikasi di Malaysia. In Nik Mohd Nik Salleh, Warisan Kelantan IV (p. 31). Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Ahmad Sanusi Hassan and Ku Azhar Ku Hassan. (2001). Corak Perumahan Tradisional Berkepadatan Tinggi. Pulau Pinang: USM.
Brand, S. (1994). How Building Learn. USA: Penguin Books.
Chen Voon Fee, ed. (1998). The Encyclopedia of Malaysia. Singapore: Archipelago Press.
Ezrin Arbi. (1986). Petempatan serta Bandar-bandar Awal di Tanah Semenanjung. Skudai: UTM.
Ezrin Arbi. (2002). Sejarah Perkembangan Senibina Di Malaysia. Jabatan Muzium Malaysia.
Farish A. Noor, Eddin Khoo. (2003). Spirit of Wood. The Art of Malay Woodcarving. Singapore: Periplus.
Gurupiah Mursib, Ra'alah Mohamad. (1998). The Basic Malay House. In C. V. Fee, The Encyclopedia of Malaysia Architecture (p. 20). Singapore: Archipelago Press.
Kusnaka Adimirja, Purnama Salura. (2004). Arsitektur Dalam Bingkai Kebudayaan. Bandung: Foris Publishing.
Lim Jee Yuan. (1991). The Malay House: Rediscovering Malaysia's Indigenous Shelter System. Pulau Pinang: Institut Masyarakat.
Mohamad Tajudin Mohamad Rasdi. (2005). The Architectural Heritage of the Malay World. The Traditional Houses. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Taib Osman, A. Aziz Deraman, ed. (2000). Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ed. (2008). Kebudayaan, Kesenian & Peradaban Alam Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Mohamed Nik Mohd Salleh, ed. (1985). Warisan Kelantan IV. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Othman Mohd Yatim, Abdul Halim Nasir. (2000). Seni Bina Melayu Islam: Pengaruh Agama dalam Alam Bina. In A. A. Mohd Taib Osman, Tamadun Islam di Malaysia (p. 339). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Phu'o'ng, D. Q. (2008). Village Architecture in Hanoi: Patterns and Changes. Hanoi: Science and Technics Publishing House.
Quirk, B. (1998). The Malay Houses of the Peninsular east coast. In C. V. Fee, The Encyclopedia of Malaysia (p. 26). Singapore: Archipelago Press.
Roselan Abd Malek, Azmi Yusoff. Kelantan Darul Naim. Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
Syazwani Ahmad. (2007). Penerapan Unsur-unsur Rekabentuk Rumah Tradisional Melayu dalam Pembangunan Perumahan di Bandar. Prosiding Seminar Rupa Bandar (pp. 173-184). Perak: UiTM.
Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Hashimah Wan ismail. (2005). Houses In Malaysia: Fusion of The Esat and the West. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Wan Ramli Wan Daud. (2000). Teknologi Melayu: Melayani Ragam Hidup Sepanjang Zaman. In A. A. Mohd Taib Osman, Tamadun Islam di Malaysia (p. 247). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainudin Awang. (2010). Research Methodologys for Business and Social Sciences. Shah Alam: UPENA.
Zarinah Hj. Sarifan. (2000, Januari - Mac). Senibina Traditional Malaysia. Jabatan Muzium dan Antikuiti. Newsletter of the Department of Muzium and Antiquities , p. 10.
Zulkifli Hanafi. (1997). Aspek Spiritual dan Hubungannya Dengan Konsep Ruang Rumah Tradisional Melayu. UiTM.
Zulkifli Hanafi. (1996). Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu. Pulau Pinang: Amber Solara Publication.
Saturday, 18 September 2010
Monday, 16 August 2010
PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH
Wednesday, 28 July 2010
Biodiversiti dan Tradisi
Saturday, 12 June 2010
PERKEMBANGAN SEJARAH DAN PENGARUH KE ATAS SENIBINA DI MALAYSIA: SEBUAH TINJAUAN RINGKAS
Pelajar-pelajar saya sering 'terlupa' tentang 'sejarah' apabila memulakan sebarang tugasan berkenaan konservasi warisan. Sejarah adalah hubungan yang paling akrab dengan warisan sama ada objek nyata atau yang mudah alih. Melalui sejarah banyak perkara yang tersurat dan tersirat dapat diterokai dan dipelajari dan ini membantu dalam kerja-kerja konservasi. Di sini saya sertakan semula artikel tersebut. Pastikan pelajar yang membuat sebarang kajian tentang warisan bermula dengan sejarah.
PERKEMBANGAN SEJARAH DAN PENGARUH KE ATAS SENIBINA DI MALAYSIA: SEBUAH TINJAUAN RINGKAS
Artikel diterbit dalam Buletin Perancang, JPBD, UiTM Perak, 2005
Oleh
DR. SITI NORLIZAIHA HARUN
Pengenalan
Sejarah merupakan sesuatu yang berkaitan dengan masa lepas dan diperolehi melalui bukti-bukti fizikal yang masih kekal. Sejarah dan perkembangan bidang pemuliharaan di Malaysia dapat dirujuk kepada kronologi perkembangan sejarah negara khususnya yang berkait dengan sejarah berbentuk fizikal yang masih kekal hingga hari ini seperti peninggalan tapak-tapak sejarah, monumen dan bangunan-bangunan lama. Sejarah amat sinonim dengan bidang pemuliharaan bangunan kerana untuk mengenal sesabuah bangunan maka perlu dikenali asal usul sejarahnya terlebih dahulu. Sejarah dan pengaruh ke ata senibina bangunan di Malaysia akan mengimbas kembali perkembangan sejarah negara melalui peristiwa dan tinggalan monumen sejarah yang masih kekal pada hari ini.
Seni bina Awal
Sejarah perkembangan tamadun dan petempatan awal di Tanah Melayu telah bermula pada awal abad pertama masihi. Beberapa kerajaan Melayu Tua seperti Funan, Campa, Ho-Lo-Tan, Langkasuka dan Kataha telah muncul di kawasan Asia Tenggara di Kembodia, Vietnam, Selatan Thai sehinggalah ke Tanah Melayu. Kataha dikatakan telah muncul sejak abad ke 6 hingga ke 13 dan pusat kerajaannya adalah di Lembah Bujang. Kataha atau Kedah Tua telah berkembang sebagai pelabuhan dan pusat kegiatan ugama Buddha dan Hindu.
Kesan peninggalan senibina zaman ini masih kekal di Lembah Bujang, Kedah. Candi dan artifak berunsur Hindu-Buddha menunjukkan masyarakat Kedah Tua pada abad itu telah mempunyai kepandaian membina bangunan. Contoh berkenaan dapat dilihat pada pelapik tiang sama ada untuk meletak tiang bangunan atau pelapik meletak arca. Teknologi binaan yang tinggi juga dapat dilihat, iaitu kepandaian masyarakat dahulu memotong batu yang keras seperti batu granit. (Wadiassofi Jaafar, 2000) Candi Lembah Bujang yang berusia lebih seribu tahun ini merupakan satu tapak tanah bersejarah yang penting untuk membuktikan satu persekitaran alam senibina yang terawal telah wujud di negara ini. Candi ini kini menjadi salah satu pusat penyelidikan bagi senibina awal dan sejarah berkembangan tamadun di Malaysia.
Seni bina Melayu
Agama Islam datang ke Tanah Melayu dan berkembang di Kepulauan Melayu selepas pengaruh Hindu mulai merosot pada abad ke 13 dan abad berikutnya. Kedatangan Islam telah memberi pengaruh besar kepada corak budaya hidup masyarakat pada masa itu. Pengaruh Islam banyak membentuk peradapan dan budaya masyarakat Melayu lebih bersederhana dan bersopan santun.
Senibina rumah Melayu dapat dilihat dengan teknologi binaan yang ringkas dan mudah menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi yang diperolehi dari hutan. Rumah Melayu boleh dilihat dengan ciri binaan dan bahan binaan seperti daun nipah, ijuk, rumbia dan bertam untuk atap atau bumbung. Kayu digunakan untuk struktur utama seperti tiang, alang, rasuk, lantai dan dinding. Lapik tiang pula diperbuat daripada batu. Rumah Melayu juga jarang menggunakan paku besi, biasanya hanya dipasak dengan kayu.
Susun atur rumah Melayu biasanya mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian depan atau serambi, bahagian tengah yang disebut rumah ibu dan bahagian belakang yang dikenali sebagai rumah dapur. Bumbung rumah adalah curam dan unjurannya lebar bagi melindungi rumah dari tempias hujan dan sinaran lansung matahari. Badan rumah pula di penuh dengan bukaan jendela dan kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan peredaran udara (Ezrin Arbi, 2002). Pembinaan rumah melayu yang agak tinggi memberikan satu ruang dibawah rumah. Kedudukan lantai yang tinggi dapat mengatasi kelembapan tanah disamping mencegah ruang ditenggelami air jika berlaku banjir. Ruang bawah atau kolong yang yang terbuka ini juga membolehkan peredaran udara dibawah lantai. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh , 1997: 35)
Gaya senibina rumah Melayu pula mempunyai berbagai ragam hias atau motif ukiran dan bentuk binaan yang mengikut pengaruh negeri-negeri Melayu dan pengaruh Nusantara seperti Indonesia dan Selatan Thailand. Perbezaan gaya senibina elemen pada rumah dapat menjelaskan asal usul rumah tersebut seperti rumah bumbung panjang atau rumah Minangkabau biasanya terdapat pada rumah-rumah Melayu awal dan kini masih banyak terdapat di Melaka dan Negeri Sembilan. Rumah bumbung Limas kemudiannya merupakan ciri senibina yang popular dan terdapat hampir di seluruh perkampungan tradisional Malaysia. Selain dari rumah bumbung Limas, terdapat beberapa jenis rumah tradisional seperti Rumah Perabung Lima, Rumah Potong Perak dan Rumah Kutai.
Senibina rumah Melayu bukan sahaja unik dengan bentuk dan teknologi binaan malahan dapat mencerminkan budaya, falsafah hidup dan tamadun sesuatu bangsa. Setiap bentuk dan binaan mempunyai sebab dan maksud. Sebagai contoh, pembinaan rumah Melayu berpintu rendah bertujuan supaya setiap orang yang memasuki rumah akan menundukkan kepala bagi mengelakkannya terhantuk. Ia menjadi lambang kepada adab bersopan santun di samping sebagai tanda menghormati tuan rumah (Zarinah Sarifan, 2000).
Selain rumah kediaman, senibina Melayu turut dizahirkan ke atas binaan-binaan lain seperti masjid, istana raja-raja, rumah wakaf dan senibina makam atau pusara. Ciri-ciri senibina tradisional Melayu dapat dilihat pada bangunan-bangunan lama yang masih kekal seperti Istana Kenangan di Perak, Istana Balai Besar di Kelantan, Masjid Tengkera di Melaka dan sebagainya. Senibina Melayu yang indah ini bukan sahaja unik malahan memberi nilai estetika yang begitu tinggi dan seharusnya dipelihara untuk pengekalan identiti bangsa.
Seni bina Pengaruh Kolonial
Pengaruh kolonial memberi pengaruh dan kesan yang besar dari segi senibina dan rupa bandar, bandar-bandar di Malaysia. Peninggalan senibina Portugis, Belanda dan Inggeris memainkan peranan penting dari segi kesinambungan sejarah, perkembangan fizikal dan geografi rupa bandar. Bangunan-bangunan kolonial ini mempunyai gaya senibina yang unik disamping susun letak bangunan yang membentuk morforlogi awal rekabentuk bandar dan pada masa kini menjadi asas kepada tarikan dan imej kepada bandar-bandar seperti Bandar Bersejarah Melaka, George Town dan Taiping.
• Portugis
Apabila bandar Melaka ditakluki, Alfonso d’Alburquerque mengarahkan untuk membina kubu bagi menguatkan pertahanan. Kubu ini dikenali sebagai A Farmosa, dibina mengelilingi kota Melaka. Pembinaan kubu ini lengkap pada tahun 1548 menjadikannya salah sebuah bandar yang menyerupai kota bertembok era Mediavel di Eropah. Walau bagaimanapun kota ini telah dimusnahkan semasa pemerintahan Belanda dan hanya yang tinggal adalah pintu masuk sahaja. Selain pintu Farmosa, peninggalan Portugis yang masih kekal pada masa kini ialah gereja St. Paul. Sepanjang tempoh 130 tahun penaklukan, Portugis telah membawa masuk teknologi pembinaan batu dan kayu dan rekabentuk kubu pertahanan dan bangunan yang bercirikan gaya Eropah.
• Belanda
Belanda telah mengambilalih penjajahan Portugis pada tahun 1641. Walaubagaimanapun semasa Belanda mengambilalih, banyak bangunan telah dimusnahkan dan ditinggalkan rosak. Penjajahan Belanda juga telah membina dan meninggalkan bangunan-bangunan yang mempunyai gaya senibina yang menarik. Antara yang terkenal ialah monumen dan bangunan-bangunan berwarna merah seperti gereja Christ, bangunan Stadhyus dan menara jam.
• Inggeris
Pemerintahan Inggeris berlangsung dari 1795 hingga 1957. Dalam tempoh ini banyak bangunan kolonial telah dibina dibeberapa bandar utama di Malaysia seperti George Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Taiping, Seremban, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Monumen pertama yang dibina Inggeris ialah kota pertahanan iaitu Kota Cornwallis semasa penapakan Franchis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786. Penjajahan Inggeris juga telah membawa perubahan yang besar kepada rupa bandar pada ketika itu. Inggeris telah menerapkan kegiatan perancangan yang lebih teratur pada bandar-bandar yang dibuka bagi tujuan keselesaan penduduk. George Town tahun 1801, merupakan bandar pertama yang mempunyai perancangan iaitu pembinaan jalan dan parit disekitar bandar termasuklah bangunan-bangunan institusi pentadbiran dan awam yang dirancang dengan teratur. Pembukaan tanah untuk bandar-bandar pentadbiran dan kediaman Inggeris adalah berdasarkan faktor bahan mentah iaitu bijih timah dan getah selain daripada faktor peluasan pentadbiran. Keadaan ini mewujudkan pertumbuhan yang pesat dari segi fizikal dengan binaan bangunan-bangunan berdasarkan rekabentuk barat.. Rekabentuk barat lebih ringkas iaitu pada ukiran dan motif di dinding bangunan terutamanya disekeliling tingkap, tiang besar (column) dan gerbang lengkung (arch). Pengaruh melalui elemen-elemen ini dapat dilihat pada pelbagai jenis bangunan seperti bangunan institusi dan pentadbiran, rumah kediaman, gedung perniagaan dan bangunan keugamaan.
Rekabentuk bangunan dan gaya senibina bangunan barat mempunyai keunikan tersendiri dari segi latarbelakang negara kolonial dan era atau zaman gaya senibina itu muncul. Walau bagaimanapun selain dari pengaruh barat terdapat juga pengaruh senibina Timur yang menyumbangkan satu kombinasi gaya senibina yang unik dan agak mewakili resam atau budaya masyarakat tempatan. Dengan kedatangan Inggeris, senibina Islam-Moghul dan ilmu handasah1 untuk membentuk kubah, serta batu-bata dan atap genting sebagai bahan binaan dibawa masuk melalui arkitek Inggeris. (Wan Ramli Wan Daud, 2000:260)
Pengaruh senibina Inggeris amat berpengaruh bukan hanya pembinaan pejabat, institusi dan rumah kerajaan yang sepenuhnya direkabentuk dan dibina dengan gaya Inggeris malahan pengaruh gaya Inggeris juga turut mempengaruhi senibina istana raja-raja Melayu dan masjid pada masa penjajahan Inggeris. Perubahan yang paling ketara ialah munculnya masjid konkrit berbumbung lima. Antara masjid yang mula menggunakan bumbung perabung lima ialah Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang, dibina pada tahun 1808 Masihi. (Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, 2000)
Gaya senibina barat yang umum terdapat di Malaysia adalah Moorish, Tudor, Neo-Klassik dan Neo Ghotik. Pengaruh senibina barat dapat dilihat pada bangunan-bangunan kolonial di Malaysia seperti senibina Neo-klasik pada Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, di bina pada tahun 1897. Senibina Moorish dapat dilihat keunggulannya pada Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Bangunan yang dibina antara tahun 1894 dan 1894 ini juga mempunyai pengaruh senibina Islam yang mendapat inspirasi dari gaya senibina Moghul yang terdapat di Utara India. Gaya senibina Tudor dapat dilihat pada Bangunan Kelab Selangor. Gaya Senibina Neo-Ghotic pula dapat dilihat pengaruhnya pada bangunan-bangunan gereja seperti gereja Holy Rosary, Kuala Lumpur, dibina pada tahun 1903.
Pengaruh Pendatang China dan India
Selain daripada pengaruh kolonial, pengaruh yang dibawa oleh kaum pendatang seperti China dan India sedikit sebanyak telah membentuk rupa fizikal bandar-bandar di Malaysia. Pengaruh pendatang China khususnya di Melaka telah bertapak pada abad ke 14 lagi. Pada abad ini, kerajaan Melaka telah pun mempunyai hubungan perdagangan dengan negara China. Pada tahun 1403, maharaja China telah menghantar utusan diplomatik ke Melaka dan menjalankan hubungan perdagangan. Seterusnya kedatangan Islam telah mempengaruhi dan menukar gaya hidup masyarakat Melayu Melaka dari segi pentadbiran negara, budaya dan senibina. Di antara pengaruh yang dapat dilihat ialah bahan binaan dan gaya senibina untuk membina bangunan. Bahan binaan pertama yang diimport masuk ke Melaka ialah genting tanah liat pada tahun 1409 bagi membina kediaman istana . Pengaruh pendatang pada abad ini dapat dilihat pada masjid di Melaka seperti Masjid Tengkera, di mana hiasan dan ukiran dibahagian hujung atau puncak masjid seperti rumah berhala Cina tetapi motif ini diabstrakkan dengan alam flora bersesuaian dengan agama Islam.
Kejatuhan empayar Melaka pada abad ke 15 dan penaklukan penjajah Portugis telah turut menghentikan kesinambungan hubungan perdagangan Melaka dengan negara-negara jiran. Semasa pemerintahan Inggeris, pendatang China dan India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu bagi mengusahakan aktiviti ekonomi. Pada awal tahun 1870an hingga 1880an kaum pendatang telah membina rumah-rumah kedai bagi menempatkan bahan-bahan perniagaan. Gaya senibina rumah kedai yang dibina pada era ini dikenali sebagai rumah kedai awal yang masih terdapat dibberapa bandar di Malaysia seperti di Gopeng dan Batu Gajah di negeri Perak. Dari tahun 1900 hingga 1940an banyak rumah kedai telah dibina dengan gaya senibina yang menerapkan unsur-unsur tempatan dan pengaruh kolonial. Terdapat 3 gaya sebina yang mempengaruhi rekabentuk rumah kedai iaitu Era Peralihan, gaya Electic dan gaya Art Deco (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).
Pengaruh India tidak banyak mempengaruhi dari segi senibina bangunan di Malaysia. Pendatang India banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak menyerupai bentuk senibina seperti kuil Hindu di India. Namun begitu pengaruh senibina Selatan India, banyak mempengaruhi binaan masjid. Masyarakat India Selatan yang berugama Islam yang disebut sebagai Klings atau Keling lebih suka dengan gaya senibina Islam mereka. (Vlatseas, S, 1990: 49) Masjid Kapitan Kling (1802-1803), Pulau Pinang salah satu contoh senibina Selatan India, di bina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Senibina India Muslim ini jelas kelihatan pada minaret yang tinggi dan kubah potong bawang.
Penutup
Melalui paparan ringkas peristiwa sejarah dan perkembangan yang telah berlaku pada negara dapatlah dirumuskan kronologi sejarah sesebuah negara dapat dilihat melalui bangunan-bangunan lama yang masih kekal. Bangunan-bangunan ini amat bermakna dan memberi kesan yang nyata dari segi fizikal bandar dan kesan emosi kepada masyarakat. Ia merupakan bukti yang tertera atas kemahiran, kemajuan, budaya dan tamadun sesuatu bangsa. Bangunan-bangunan bersejarah yang masih kekal ini bukan sahaja penting untuk generasi kini malahan sebagai rujukan untuk generasi akan datang. Adalah diharapkan melalui tinjauan ringkas ini ia dapat memberi pengetahuan dan imbasan kembali sejarah negara Malaysia di samping dapat meneroka keunikan senibina bangunan bersejarah.
Rujukan
A Ghafar Ahmad.(1997). British Colonial Architecture in Malaysia 1800-1930, Kuala Lumpur: Museums Association of Malaysia
Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh. (1997). Warisan Senibina Melayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ezrin Arbi. (2002). Sejarah Perkembangan Seni Bina di Malaysia: Sebuah Tinjauan Ringkas. Kertas kerja dibentangkan di Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, Hotel Century Mahkota, Melaka, 7-12 Oktober.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ed. (1998). The Encyclopedia of Malaysia: Early History, Kuala Lumpur: Archipelago Press.
Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir.(2000). Senibina Melayu Islam: Pengaruh Agama dalam Alam Bina dalam Tamadun Islam di Malaysia (Mohd Taib Osman dan A.Aziz Deraman, ed), 339-387, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka..
Syed Zainol Abidin Idid. (1995). Pemuliharaan Warisan Rupa Bandar,Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.
Vlatseas, S.(1990). A History of Mlasian Architecture, Singapore: Longman.
Wadiasofi Jaafar. (2000). “Lembah Bujang Simpan Sejarah Kedah”, Berita Harian, 12 Ogos, 1.
Wan Ramli Wan Daud. (2000). Teknologi Melayu: Melani Ragam Hidup Sepanjang Zaman dalam Tamadun Islam di Malaysia (Mohd Taib Osman dan A.Aziz Deraman, ed.), 247-286, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yeang, K. (1992). The Architecture of Malaysia, Kuala Lumpur: The Pepin Press.
Zarina Sarifan. (2000).”Senibina Tradisional Malaysia”, Berita Jabatan Muzium dan Antikuiti, Vol.1/Bil.1, 10-11

Thursday, 10 June 2010
Kuala Dungun
Perjalan Kota Warisan kali ini bermula dari bandar Kuantan. Kembara kali ini saya bersama Azira. Kami menyusuri jalan pesisir Kuantan-Trengganu sehingga Kota Bharu. Merujuk kepada tulisan Prof Ezrin Arbi, salah satu ciri petempatan dan perbandaran awal adalah di kuala sungai. Kuala Dungun persingahan pertama. Daripada ciri-ciri petempatan jelas membuktikan terdapat petempatan dan corak perbandaran awal.

Subscribe to:
Posts (Atom)