Monday 22 February 2010

masjid lenggong

Jika ke Lenggog jangan lupa singgah ke Masjid Jamek Lenggong. Bangunan bergaya Inggeris ini begitu memikat hati saya. Daripada senibina bangunan, nampaknya masjid ini banyak mengambil rupa dan reka bentuk istana di Kuala Kangsar.




Monday 15 February 2010

ALAM DAN MASA

Apakhabar pelajar dan pelayar blog kota-city...lama saya tidak menulis. Cuti tahun baru berpeluang sikit untuk merakam semula perjalanan mencari khazanah silam di kampung-kampung Kelantan. Sekarang ni saya sedang membuat kajian atau lebih baik saya sebut 'pencarian' senibina perkampungan tradisi kelantan. Bukan mahu melihat kecantikan senibina tetapi mencari yang asal bagaimana bermula. Hubungan antara alam dan manusia, itulah sebenarnya.

Bersama Azira dan Din, kami memulakan perjalanan di kampung-kampung sekitar Pantai Sabak. Kami menemui kampung asal,kampung pulau gajah. Tekaan dan panduan awal lokasi adalah berpandu pada pokok-pokok kelapa tua yang tinggi menjulang, pokok nipah yang masih hidup walau tiada air membuktikan ada perkampungan asal disitu. Memang tidak menghampakan bila bertemu tuan rumah, rumah kelantan berbumbung dua yang asal. Selain kampung di Pantai Sabak, kami ke kampung sekitar Pelekbang, kampung sungai pinag, kampung laut dan kampung pulau gorek. Banyak yang diperolehi melebihi yang kami jangkakan. Terima kasih Azzaha Ibrahim..menunjuk arah agar tidak sesat.