Wednesday, 8 August 2012

Perspektif Pemuliharaan Warisan


Pendidikan warisan amat penting, namun setakat mana kefahaman masyarakat terhadap warisan?. Sebelum ini  skop tugas saya lebih tertumpu kepada pemuliharaan bangunan, namun apabila berada di JWN barulah saya mula dapat menilai tahap kesedaran warisan yang sebenarnya.  Ada yang melihat dari perspektif teknikal malahan lebih ramai melihat dari perspektif emosi dan kepentingan sejarah. Kedua-kedua perspektif boleh diterima malahan saling berkait, mungkin ada yang bertindak secara emosi atau perasaan sayang terhadap bangunan kemudian baru timbul kesedaran bagaimana warisan patut dipulihara. Namun yang paling menarik apabila saya bertugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Warisan adalah kesedaran yang timbul dari aspek teknikal. Kelangsungan tugas membuatkan saya terlibat dengan pelbagai agensi teknikal yang mungkin baru mengenali 'pemuliharaan bangunan', Mengenali bangunan seperti bidalan Melayu, tak kenal maka tak cinta, begitulah bangunan bersejarah. Banyak yang tersirat dari tersurat apabila bercerita berkenaan bangunan khususnya 'bagaimana mereka membina'. Banyak perkara teknikal dipelajari melalui bangunan bersejarah menyebabkan keinginan mengetahui yang akhirnya menimbulkan sayang pada bangunan. Melalui bangunan bersejarah, kita mengenali, mempelajari dan memahami banyak perkara. Kita mengenali bahan dan anologi bangunan..'saya sakit, tolong ubatkan... saya masa lepas yang membawa perkhabaran tentang cerita, tentang bukti. Satu perkara yang menarik apabila merawat bangunan bersejarah adalah....kita belajar memahami pemikiran jurubina, keinginan penghuni dan tinggalan budaya yang tidak ternilai.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.