Monday 3 May 2010

Morforlogi Bandar Warisan Melayu

Saya akan memulakan penyelidikan Morforlogi Bandar Melayu pada cuti semester ini. Kepada penyelidik yang telah memberi nama, sila baca asas penyelidikan ini.



Asas kepada penyelidikan ini adalah berdasarkan persoalan ”Apakah Bandar Warisan Melayu?” Bandar warisan yang masih ada di Malaysia termasuk bandar yang telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO merupakan bandar-bandar warisan peninggalan penjajah atau dikenali juga sebagai ”Colonial Town”. Corak perbandar bandar Inggeris (Kolonial) mempnyai karektor tersendiri dan pengaruh fizikal seni bina yang membuktikan penjajahan mereka. Dimanakah bandar warisan Melayu? Apakah ciri-ciri bandar warisan Melayu? Persoaalan ini merupakan satu hipotesis yang dapat dibentuk dan perlu dibukti. Melalui persolan penyelidikan ini, adalah satu keperluan untuk mengasingkan dan mendokumentasikan semula bahan sejarah dan fizikal perbezaan bandar Kolonial dan bandar warisan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Ini bagi memastikan pendokumentasian sejarah lebih tepat, terstruktur dengan betul dan paling penting persejarahan warisan negara dapat dikekalkan untuk generasi akan datang

Pertumbuhan bandar-bandar Melayu awal ini asasnya bermula dari kampung, namun faktor lokasi yang berhampiran sungai menjadikan ia kawasan strategik untuk laluan pengangkutan, bekalan sumber air termasuklah aktiviti pelabuhan dan perdagangan telah meningkat dan mengukuhkan lagi bandar-bandar yang tumbuh di kuala sungai ini sebagai pusat bandar. Bandar-bandar yang tumbuh di kuala sungai antaranya Kota Bharu, Kuala Trengganu, Alor Setar, Johor Lama, Pekan, Kuala Dungun dan Kelang. Bandar-bandar ini dibuka oleh raja-raja Melayu seperti Kota Bharu dibuka oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1844, kawasan ini juga mengandungi bangunan-bangunan utama yang besar dan tersergam indah seperti istana, masjid, rumah pembesar dan balai-balai. Rupa tanah (figure-ground) bandar-bandar kuala di negeri-negeri Melayu mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Elemen bandar seperti bangunan dan ruang bagaikan diatur dengan berpandukan prinsip-prinsip perancangan bandar. Rata-ratanya bandar-bandar kuala dibina pada sekitar kurun ke 18 dan pengaruh perancangan bandar yang dibawa masuk oleh penjajah mungkin mempengaruhi susunatur tapak bangunan. Pengaruh Islam juga tidak ketinggalan seperti negeri-negeri di bahagian Timur seperti Kelantan dan Trengganu telah menerima Islam semenjak kurun ke 13 lagi. Pengaruh Islam ini jelas dapat dilihat dengan pembinaan masjid sebagai mercu tanda utama pusat bandar. Masjid digunakan bukan sahaja untuk solat malahan sebagai kelas pengajian agama dan perbincangan hal-hal pentadbiran.

Berbanding dengan kota-kota Melayu dan bandar Melaka yang bentuk bandar adalah terkandung iaitu bertembok, bandar-bandar Melayu awal lebih menonjolkan bentuk bandar yang mempunyai ciri-ciri perbandaran. Istana sebagai pusat pemerintahan dibina berhadapan dengan kawasan lapang atau dataran yang luas. Berhampiran istana terdapat masjid, bangunan-bangunan pembesar, bangunan institusi pemerintah (bangunan kerajaan) seperti mahkamah dan pejabat tanah, pasar dan gudang-gudang perniagaan dan kediaman. Susunatur dan rekabentuk bandar Melayu awal ini jika dibuat penelitian, ia nya seiring dengan rekabentuk bandar-bandar awal di Eropah. Ciri-ciri seperti churce square, market place, palace, square dan street diperkenalkan Belanda semasa memerintah Melaka. Susunatur ini dapat dilihat sehingga kini dikawasan bersejarah Bandaraya Melaka.

Jika ingin menyamakan morforlogi bandar Melayu dengan rupa bandar Islam, ia adalah sesuatu yang berkemungkinan kerana bukti-bukti pengaruh penerapan prinsip Islam sememangnya telah ada dalam konteks fizikal seperti pembinaan dan kesenian binaan masjid yang dibina sebagaimana seni bina Timur Tengah. Dari segi sejarah perkembangan Islam, di negeri Trengganu telah wujud kerajaan Melayu Islam pada kurun ke 14 begitu juga dengan negeri Kelantan dan negeri-negeri Melayu lain. Semasa ini juga telah berlaku asimilasi budaya dan prinsip Islam dan cara hidup masyarakat Melayu. Negeri Kelantan sendiri pada pemerintahan Sultan Mansur (1890-1899) telah menjadikan undang-undang dan hukum Islam sebagai asas pentadbiran kerajaan sehingga negeri ini dikenali sebagai Serambi Mekah.

Jika dilihat pada morforlogi bandar-bandar yang terletak di kuala ini seperti Kota Bharu, Alor Setar, Kuala Trengganu begitu juga Kuala Kangsar mempunyai kesamaan ciri-ciri georgrafi dari segi kedudukan di kuala sungai dan berkepentingan sebagai laluan perhubungan dan pengangkutan. Selain kawasan yang berdekatan sungai, kawasan dataran yang luas dan subur menggalakkan lagi perkembangan bandar bermula pembinaan istana raja yang memerintah. Konsep institusi raja sebagai agen pembentukan bandar memang terbukti dengan bangunan-bangunan utama dibina disekitar istana begitu juga elemen-elemen bandar yang lain dirancang dan diatur perletakannya dengan penuh makna seperti kawasan dataran (square) didepan istana yang berfungsi juga sebagai kawasan riadah rakyat, sambutan perayaan dan acara adat istiadat istana Perkembangan bandar-bandar Melayu awal mempunyai perkembangan yang semakin menarik ketika penjajahan Inggeris. Perkembangannya lebih terpelihara dan menjadi sebahagian dari identiti sejarah yang masih meneruskan ‛hidup’nya sehingga abad ke 20. Pada masa kini bandar Melayu Awal ini juga dikenali sebagai bandar DiRaja kerana diasas dan dibuka oleh Sultan yang memerintah. Pekan, Kelang dan Kuala Kangsar antara contoh bandar DiRaja.

Literatur ringkas ini menggambarkan kepentingan Bandar Melayu Awal dalam perkembangan dan pembangunan negara. Sejarah pertumbuhan bandar dan corak perbandaran yang berbeza dengan perbandaran Kolonial jelas menunjukkan kepetingan ini sebagai bandar warisan utama berbanding dengan bandar Kolonial. Jesteru itu adalah amat perlu penyelidikan ini dijalankan bagi memasttkan warisan negara ini dapat dikekalkan dan dipulihara melalui proses dokumentasi morforlogi.

Sunday 2 May 2010

Angsana Berbunga - SELAMAT BERCUTI

Kepada semua pelajar di UiTM, UMK dan UM, selamat bercuti. Cuti semester ini saya kembara lagi, mencari galur-galur kota warisan.