Friday 23 April 2010

KONSERVASI BANGUNAN SULUH BUDIMAN

Pemikiran Konservator ??????...rasional dan keputusan memulihara...

Setiap kali saya terlibat dengan projek konservasi bangunan bersejarah, secara tidak langsung ia akan meberi pengalaman baru buat saya. Pengalaman baru bukan bermaksud membina yag baharu tetapi menemui dan membongkar sejarah yang tertutup atau terlupa seketika. Sebagai seorang Konservator Bangunan, perspektif dan pandangan ke atas setiap bangunan bersejarah adalah berbeza kerana konservasi bukan hanya bermaksud mengekal 'badan' bangunan tetapi yang paling utama ialah 'roh dan jiwa' bangunan. Apa yang istimewa dengan bangunan bersejarah?....pelbagai jawapan boleh diberi...sejarah dan senibina jawapan paling rasional...Apa pula dilihat oleh konservator?...saya perlu melihat bangunan sejarah ketika 'masa itu' (teringat petikan dalam buku Cullen 1960..apabila ada 'disitu' mesti ada 'disana')..seterusnya apa rupanya...masa-masa yang dilalui..kehidupan bangunan dan akhirnya 'badan' bangunan iaitu elemen yang membina..bumbung, tiang, dinding, bukaan, tangga.....Ini sememangnya digalur dan dibawa bersama dengan sejarah dan budaya tamadun yang diwariskan dalam setiap ruang bangunan. Perkara yang paling mencabar bagi seorang konservator ialah 'membawa' dan 'mengembalikan' sejarah bangunan. Sebagaimana dibincang dlm kuliah saya sebelum ini, secara konsep dan amalannya adalah 'keaslian' sejarah iaitu rekabentuk, rupa, warna sehinggalah teknik membinanya.Namun ada yang lebih sukar lagi...bangunan perlu 'hidup' pada masa dan bukan 'waktu'nya....2010






Berbalik kepada pengalaman saya dengan projek konservasi bangunan Suluh Budiman di UPSI Tanjung Malim. Bangunan ini begitu hebat, dibina pada 1927 merupakan intitusi perguruan yang tertua di Malaysia. Dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris, kini Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kerja-kerja konservasi bangunan Suluh Budiman telah bermula pada Januari 2010 dan dijangka selesai pada pertengahan tahun ini. Perkara yang paling sukar bagi saya ialah membuat keputusan untuk memulihara bangunan bukan dari segi fizikal tetapi keaslian 'rupa dan wajah' bangunan samada dibahagian dalam dan luaran. Apakah 'keaslian' wajah bangunan ini....sedangkan semua bukti yang ada adalah 'hitam putih'. Bangunan ini telah berusia 83 tahun, tanpa disedari apakah 'warna sebenar' bangunan ini?...Kalau saya cuba mengembalikan seperti yang asal...adakah kita boleh menerimannya?...Sebagai konservator saya berpegang pada prinsip namun setiap keputusan ada rasional dan justifikasi. Jadi...kepada pelayar blog, penyelidik dan pelajar...sama-sama tunggu sehingga projek ini siap. Kepada warga UPSI...tunggu ikon anda akan dibangun kembali.