Apakhabar pelajar dan pelayar blog kota-city...lama saya tidak menulis. Cuti tahun baru berpeluang sikit untuk merakam semula perjalanan mencari khazanah silam di kampung-kampung Kelantan. Sekarang ni saya sedang membuat kajian atau lebih baik saya sebut 'pencarian' senibina perkampungan tradisi kelantan. Bukan mahu melihat kecantikan senibina tetapi mencari yang asal bagaimana bermula. Hubungan antara alam dan manusia, itulah sebenarnya.
Bersama Azira dan Din, kami memulakan perjalanan di kampung-kampung sekitar Pantai Sabak. Kami menemui kampung asal,kampung pulau gajah. Tekaan dan panduan awal lokasi adalah berpandu pada pokok-pokok kelapa tua yang tinggi menjulang, pokok nipah yang masih hidup walau tiada air membuktikan ada perkampungan asal disitu. Memang tidak menghampakan bila bertemu tuan rumah, rumah kelantan berbumbung dua yang asal. Selain kampung di Pantai Sabak, kami ke kampung sekitar Pelekbang, kampung sungai pinag, kampung laut dan kampung pulau gorek. Banyak yang diperolehi melebihi yang kami jangkakan. Terima kasih Azzaha Ibrahim..menunjuk arah agar tidak sesat.
Monday 15 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.