Perusahan Tradisi: Atap Senggora Che Jah
25 Julai 2009, Kampung Pengkalan Baru, Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan
Setiap kali ada kelas di UMK, terlebih dahulu saya perlu menyiapkan kandungan kuliah dan mencari bahan untuk tugasan pelajar. Walau pun penat tetapi amat mengujakan kerana saya berpeluang mencari sumber-sumber warisan yang masih ada di negeri Kelantan. Topik kali ini ialah hubungan alam dan tradisi. Liputan dan kegiatan yang berkaitan tradisi budaya rakyat Kelantan bukan hanya dalam lingkungan kesenian dan cara hidup tetapi termasuklah kegiatan ekonomi yang bersumberkan alam. Salah satu industri warisan yang masih ada di Kelantan ialah membuat atap tanah liat jenis senggora.
Memang terkejut ketika mula-mula sampai di bengkel membuat atap senggora di Kampung Beris Kubor Besar ini. Emak dan Azira yang ikut sama juga terkejut melihat pekerja sedang menguli dan menekap acuan genting menggunakan kaki. Bengkel atau bangsal membuat atap ini juga begitu unik, amat semulajadi dari segi bentuk dan bahan binaan. Lokasinya dipersekitaran rumah-rumah kampung dan padang mewujudkan suasana desa yang nyaman, tak pernah saya alami. Proses pembuatan atap juga adalah secara tradisional menggunakan tulang empat kerat dari menguli tanah liat, membentuk acuan dan menekap genting hinggalah proses membakar. Kak Noraini dan makcik-makcik yang bekerja di bangsal ini asyik tergelak melihat wajah "jakun" saya yang pelik melihat mereka bekerja. Memang cekap betul, rasanya saya sendiri tak mampu memijak tanah liat untuk membentuk sekeping atap pun. Yang lebih mengkagumkan, semua pekerja membuat atap adalah kaum wanita. Perusahan tradisi ini seharusnya dikekalkan namun sedikit ubahsuai dan baikpulih bangunan perlu dibuat dengan membesarkan ruang kerja dan penyimpanan atap. Semoga ada pihak-pihak yang boleh membantu untuk mengembangkan lagi perusahan tradisi ini.
Sunday, 26 July 2009
Sunday, 19 July 2009
KONSERVASI PELEPA BANGUNAN BERSEJARAH
BENGKEL KONSERVASI BANGUNAN WARISAN: KONSERVASI PELEPA
Pejabat Pos Lama Ipoh, Perak, 17-19 JULAI
Anjuran JAB WARISAN NEGARA
Hari ini selesai bengkel 3 hari Konservasi Bangunan Bersejarah untuk Pelepa Dinding. Bengkel ini amat berjaya disertai oleh pelbagai latarbelakang seperti kontraktor, arkitek, jurutera, konservator dan pihak majlis perbandaran. Selain syarahan dari penceramah jemputan, para peserta juga diberi latihan amali membancuh pelepa kapur dan melepa diding. Banyak ilmu diperolehi hasil daripada bengkel. Kefahaman terhadap masalah bangunan dan teknik rawatan yang sesuai amatlah penting didalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah. Aspek sejarah bukan sahaja dari segi keaslian reka bentuk bangunan tetapi bahan binaan bangunan juga adalah amat penting. Salah satu bahan utama ialah pelepa dinding. Memang tak dapat dinafikan teknologi pembinaan bangunan sejak beribu tahun lagi telah ada penemuan yang membuktikan bahan pelepa bangunan adalah 'kapur'. Bangunan bersejarah yang hebat seperti colesium juga dibina dengan ikatan bata dan pelepa dari kapur dan masih bertahan hingga abad ini.
Friday, 10 July 2009
BENGKEL KONSERVASI
Bengkel Bersiri Konservasi Bangunan Jabatan Warisan Negara Malaysia: Konservasi Pelepa Dinding.
Bengkel akan diadakan pada 18-19 Julai 2009, bertempat di Pej. Pos Lama Ipoh. Kepada yang berminat boleh berhubung terus dengan Jabatan Warisan Negara Malaysia.
Saya akan memberi syarahan 'Kajian Kerosakaan Lepaan Dinding Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh" dan tunjuk ajar tentang kajian kelembapan dan dilapidasi serta latihan amali membancuh dan melepa dinding bangunan.

Saturday, 4 July 2009
PEMULIHARAAN MASJID LAMA KEDAI MULONG
Mengembalikan Warisan dan Tradisi
Semalam, saya dapat jemputan ke majlis perasmian Masjid Lama Kedai Mulong, Kelantan (5 Julai 09). Sayang tak dapat pergi kerana kuliah di UiTM bermula esok. Tahniah diucapkan kepada Jabaan Warisan Negara Malaysia dan Kontraktor Asli Bina Jaya. Walaupun tidak terlibat dengan projek ini tetapi saya mengikuti perkembangannya dan setiap kali balik kampung saya akan singgah untuk melihat masjid ini. Terima kasih kepada Shaari, Nadia dan Hamdan yang sudi berkongsi pengalaman dan menerima pandangan kecil dari saya setiap kali menjenguk masjid ini.
Projek konservasi ini amat menarik kerana dapat mengembalikan semula bentuk asal bangunan dari segi seni bina dan bahan binaan. Memang menakjubkan kerana berbanding dengan bangunan asal yang telah dicat tebal dan berbumbung asbestos, bangunan yang dipulihara semula ini telah menampilkan seni bina Melayu yang begitu hebat dan mempesonakan. Siapa sangka dewan utama masjid ini asalnya sebuah balairung seri.
Masjid Lama Kedai Mulong ini merupakan ‘Balairung Seri Raja Dewa’ (1944). Asalnya istana ini terletak dibelakang Bangunan UMNO Kota Bharu (sekarang). Bangunan ini dibina sekitar 1900an semasa pemerintahan Sultan Muhamad ke IV sebagai rumah kediaman Tun Zainal Abidin (Raja Dewa 1897-1945). Bangunan ini telah dibugarkan pada sekitar 1958 dan balai utama istana (kediaman) ini telah buka secara gotong royong, diangkut dan dipindahkan ke tanah wakaf Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ismail (Ayah Su) di Lot 495, Kampung Surau Lama Kedai Mulong di KM 11 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Kerja-kerja mendirikan masjid dengan struktur asal balairung seri siap pada akhir Disember 1958. Keluasan Bangunan Masjid Lama ini adalah 20’x60’ dikekalkan sebagaimana asal. Binaannya mempunyai 16 tiang (saiz 10”x10”) pada bahagian tepi bangunan dan tanpa tiang seri. Terdapat ukiran pada setiap tiang masjid. Panel corak ‘Janda Berhias’ menghiasi dinding masjid. Di bahagian laluan angin pula dikelilingi jejala bercorak geometri bermotif bunga. Manakala bahagian siling pula dihiasi buah butong.
Projek pemuliharaan Masjid Kedai Mulong ini amat mementingkan keaslian seni bina termasuklah kaedah binaan. Semua teknik dan kaedah konservasi diteliti terlebih dahulu dan aspek yang paling penting ialah sejarah dan dokumentasi.
Tak sabar nak tengok Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar siap!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)