Sunday, 23 January 2011

INTERPRETASI DAN PERSEMBAHAN TAPAK WARISAN

Pelajar Pengajian Warisan 2011.


Semester ini kuliah pengajian warisan saya amat menekankan dari aspek pengekalan warisan dan bagaimana melariskan warisan. Warisan adalah 'masa lepas' yang dipulihara untuk masa kini dan masa akan datang. Masa lepas mempunyai pelbagai bentuk seperti sejarah bertulis, bangunan, monumen, lanskap, tempat, artifak, bunyi, manusia dan budaya masyarakat.

Apabila warisan berjaya dipulihara, cabaran seterusnya ialah bagaimana melariskan warisan? Adalah sia-sia sekiranya warisan yang telah dipulihara tidak dapat dimanfaatkan untuk nilai yang lebih menguntungkan. Maksud melariskan warisan ialah usaha-usaha untuk memperkenalkan warisan. Aspek yang ingin saya perkenalkan dalam kuliah ini ialah "INTERPRETASI & PERSEMBAHAN" warisan.

Interpretasi bermaksud bahan yang dipersembahkan bagi memeperkenalkan warisan. Bahan interpretasi adalah berbentuk 'factual' iaitu bahan fizikal. Secara mudahnya bahan interpretasi terdiri daripada bahan bantuan (aid) kepada pengunjung/pelancong seperti brosur, peta, buku cenderamata, katelog pameran, papan tanda termasuk poster dan tulisan rujukan.

Persembahan pula bermaksud bagaimana interpretasi warisan dipersembahkan. Bagaimana brosur atau makalah tentang warisan dipersembahkan. Adakah informasinya tepat termasuk reka bentuk grafik bahan. Persembahan interpretasi perlu dirancang dari pintu masuk tapak warisan lagi. Pengunjung dan pelancong sentiasa tidak sabar melawat dan mereka sentiasa ingin memastikan semua tanggapan (expectation) terhadap tapak warisan adalah perkara sebenar atau 'reality'. Persembahan bukan sahaja kreativiti ke atas bahan-bahan yang dipamerkan tetapi termasuklah kreativiti menghidupkan penceritaan warisan. Ini boleh dipersembahkan secara audo visual, oral, malahan boleh dipersembahkan dalam bentuk pementasan lakunan atau tarian.


Interpretasi amat berkaitan dengan keperluan pengekalan warisan. Tanpa interpretasi yang baik, maklumat-maklumat warisan tidak dapat disalurkan kepada pengunjung/pelancongt. Interpretasi amat penting kerana:

1. Meningkatkan keperihatinan masyarakat setempat
2. Menggalakkan kedatangan pelancong ke tapak
3. Nilai penghayatan dan pengalaman di tapak
4. Membina identiti


Matlamat utama sesuatu bahan interpretasi dibuat bukanlah semata–mata untuk penerangan tetapi

untuk merubah tanggapan dan kelakuan atau sikap, memberi motivasi dan dorongan, dan untuk

memastikan pengunjung dapat mengambil informasi sebagai sesuatu yang memberi makna dan

menarik. Persembahan interpretasi mestilah dapat membuat pengunjung lebih sensitif, lebih peka dan

dapat memahami dengan jelas. Interpretasi bukanlah setakat risalah-risalah yang cantik atau papan

tanda yang menarik tetapai ia adalah satu seni berkenaan cerita-cerita masyarakat. Cerita-cerita ini

dikumpulkan dari fakta dan pengalaman. Interpretasi yang baik dapat memberi inspirasi berterusan untuk

meneroka sesebuah kawasan pelancongan. Apabila sesuatu tapak pelancongan telah dimasuki,

sesaorang pelancong secara tidak langsung akan meneruskan perjalanan lawatannya keseluruhan

kawasan tersebut.


Persembahan interpretasi di dalam dan luar bangunan adalah berbeza. Begitu juga interpretasi yang melibatkan kawasan semulajadi atau lanskap. Saya ingin memberi pengalaman lawatan saya ke Gua Niah. Terletak di Miri Sarwak, gua ini mempunyai keunikan dari segi bentuk semulajadi termasuk struktur batuan, tumbuhan dan hidupan, dan yang paling bernilai ialah temuan arkeologi yang membuktikan penempatan awal telah ujud dengan didalam gua.

Interpretasi warisan Gua Niah berjaya menyampai atau memperkenalkan keunikan dan keistimewaan gua. Interpretasi factual seperti papan tanda lawatan berbentuk 'self guided trail' amat membantu pelawat yang datang ke gua. Perjalanan sejauh 4 km amat berbaloi. Interpretasi gua Niah tidak akan berjaya tanpa sokongan kemudahan laluan berturap termasuk anak-anak tangga yang membantu pelawat berjalan dan mendaki dengan lancar.