Friday, 12 November 2010
Seminar Arkeologi dan Gua Niah
26 – 31 Oktober lepas saya berpeluang menghadiri Seminar Borneon Archeology: past, present and future. Seminar ini amat menarik dan berjaya mengunci kaki saya untuk tetap berada didalam bilik seminar. Berbanding beberapa seminar yang pernah saya ikuti, oleh kerana kertas kerja dalam pelbagai perspektif dan bidang menyebabkan peserta sentiasa keluar masuk dewan kerana memilih tajuk kertas kerja. Seminar Borneon archeology ini berjaya mencapai objektif iaitu membentang, menjelas, mengambar dan banyak keberhasilan penyelidikan ditemui. Tahniah kepada penganjur, Jabatan Muzium Sarawak dan semua pembentang kertas kerja.
Penemuan menarik arkeologi di kawasan Kalimantan, Sabah dan Sarawak membuktikan telah ada penempatan awal yang membolehkan perkisahan susur galur tamadun dikaji dan didokumentasi bagi pembinaan ilmu dalam pelbagai bidang. Pembentangan penemuan di Gua Niah dan Gua Kain Hitam termasuk beberapa lokasi di Sabah dan Kalimantan amat mengujakan setiap peserta. Selain arkeologi dan penemuan artifak, ciri-ciri perilaku masyarakat atau etnografi kawasan juga amat menarik seperti adat dan ritual pemotong kepala (headhunting) masyarakat Lun Bawang. Begitu juga imej atau monumen buaya tanah yang mempunyai hubungan spiritual dengan masyarakat tempatan.
Saya begitu kagum dengan usaha-usaha arkeologi yang dilaksanakan oleh para arkeologi di Malaysia, Prof Nik, Dr. Mokhtar dan beberapa orang sahabat, Dr. Ashaari dan Hamid. Minat mendalam mereka dalam arkeologi dapat dikongsi bersama dan membantu saya merungkai perkara-perkara yang amat ingin saya ketahui berkenaan susur galur tamadun dan penempatan di Semenanjung.
Hari terakhir seminar, merupakan hari yang ditunggu seawal pagi oleh semua peserta untuk ke Gua Niah. Perjalanan dari Miri ke Gua Niah mengambil masa hampir 1 jam. Dari pejabat perhutanan dan pengurusan taman, semua peserta memulakan perjalanan berjalan kaki. Menyeberang terlebih dahulu sungai Niah, terkejut juga hanya 5 minit sahaja untuk ke seberang dengan bot. Rupanya masih jauh lagi perjalanan ke Gua Niah....4 km...ini buka berjalan lagi tapi ekspedisi yang mengujakan setiap peserta.
Pada mulanya saya membayangkan perjalanan yang penuh pendakian, selut, cerun dan bermacam keadaan meredah hutan, namun sebaliknya pihak pengurusan taman Niah telah menyediakan laluan perjalanan atau trek berpelantar yang sempurna....perjalanan yang penuh semangant akhirnya saya kalah juga dengan keletihan otot-otot badan yang sudah lama tidak bersenam. Berhenti di hentian pertama di Lobang Kuala (West Mouth) semua peserta nampak tercungap, baru 2 km berjalan...sebenarnya hampir separuh perjalanan kami mendaki tangga, sebab tu semput.
....berjalan lagi 1 km..kali ini meredah di dalam kegelapan gua, laluan ini dipanggil Lorong Hangus...sejuk dan menyeramkan, patutlah pihak penganjur meminta setiap peserta membawa lampu suluh. Struktur batu dan tekstur gua begitu mengkagumkan... sukar nak mengamati keadaan sekitar kerana ketika itu saya berharap untuk keluar dari gua dengan segera...
...perjalanan terakhir berhenti di Gua Kain Hitam...lega dapat makan tengahari. Setelah mendengar penerangan jumpaan arkeologi....saya tak sabar nak balik...4 km lagi perjalanan balik...semput betul...kaki hampir kejang masa sampai di muzium.
Subscribe to:
Posts (Atom)