Sunday, 22 November 2009

MASJID LAMA KG KUALA DAL, KUALA KANGSAR

Pemuliharaan Masjid Lama Kg Kuala Dal, Kuala Kangsar, Perak

Projek pemuliharaan Masjid Lama Kampung Kuala Dal telah berjalan selama hampir lapan bulan, bermula pada Disember 2008 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Projek konservasi ini telah merubah wajah bangunan yang dulunya begitu usang dan hampir tidak dikenali. Perubahan rupa bangunan ini begitu ketara dengan warna catnya yang terang iaitu warna kuning diraja. Bangunan masjid lama ini setelah siap dipulihara, telah menyerlahkan lagi butiran seni bina bangunan seperti bentuk bangunan, ukiran kayu dan anyaman dinding kelarai Di samping itu, kelarai dinding dicat dengan teliti dengan warna putih, kuning dan hitam menjadikan rupa bangunan ini seperti permukaan dinding dilukis bercorak. Ini merupakan salah satu keunggulan yang terdapat pada masjid ini.





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.